bunga

Rabu, 21 November 2012

Anak-anak, Gaza,Doa...

Salam :):) 

 Mak aihh..lamanyer tak hupdate blog.Dah penuh sawang rupanya..La hai..siannyer blog saya.Dah lama tak ngomel-ngomel kat sini.Bila ada idea nak menulis, masa pulak tak mengizinkan.Ada jer kejer yang nak kena buat.Badan pulak tak berapa sihat. 

 Lately, bila seminggu lagi nak datang bulan, mesti kena demam sakit urat.Mak kata peranakan tak sihat.Kena gi ngurut.Tu la, kejer kuat,berjaga tgh-tgh malam sampai kesihatan tak nak jaga.Sekarang kesihatan penting.Badan kena sihat untuk family jugak.Kalau tak sihat, macam mana nak jaga anak-anak?Macam mana nak tgk anak membesar depan mata.. 

 Minggu ni nak balik slim.Ingat nak gi ngurut la.dah lama rasanya tak mengurut.urat-urat dah kembang.sakit sana sini.Dalam pada tu,ada hati jugak nak singgah bukit gantang.Nak beli selonggok dua durian bukit yang sedap tu.hehehe...makan sikit takper..jangan pulun sampai panas perut... Teringat jugak rambutan yang dah naik kemerahan masak ranum di umah mak...urmh...

 Sedang kiter enak menikmati buah-buah yang sedap kat negara kiter yang aman ni, masih ada yang tidak bernasib baik.Rata-rata di media banyak paparkan kisah serangan di Gaza. Tak sanggup melihat tubuh-tubuh kecil dipenuhi darah, bergelimpangan di atas tanah. Anak-anak kecil yang merintih kehilangan ibu dan bapa.

Sedihnya...Apa yang kiter boleh lakukan?Apa sumbangan kiter pada saudara Islam kiter? Kalau boleh ingin saja terbang ke sana, turut serta membaling batu kepada israel laknat.Ingin saja dipeluk anak-anak kecil yang berkeliaran lari ketakutan.Ingin saja di bawa lari anak-anak itu terbang ke Malaysia... 

Tapi kiter tak mampu..Kiter ada tanggungjawab kiter di sini.Sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kiter.Hanya sedekah dari sedikit harta yang kiter ada dan doa yang tidak henti-henti untuk saudara Islam kiter di sana.Supaya semuanya selamat.Peperangan dapat dihentikan. Amin Ya Rabbal Alamin... Teringat pada anak-anak....rumah yang kecil, dinding dipenuhi lukisan warna-warni anak-anak.apa yang ada di hati mereka diluahkan di sini.Penuh warna-warni.Maknanya kamu gembira :) 


Semoga tuhan lindungi kamu semua dan merahmati kamu dan saudara Islam kiter semua.Amin...

4 ulasan:

adda syuhada berkata...

Betul tuh..Kita hanya dapat berdoa disini jer..

♥Cik Puan♥ berkata...

Assalam naurah..dah besar yaya..lm xmasuk sini..jemput masuk blog br kita http://cik-puan.blogspot.com

Wak Gelas™ berkata...

mugo2 negara kita sendiri aman damai sejahtera sentosa senantiasa.., aminn

kakinakl.com berkata...

as salam

comel-comel anak-anak kamu..