Salam :D
Lama la pulak tak update blog kan.Sangat sibuk bulan ni.Rindu rasanya nak citer-citer kat sini.Tapi buat masa ni,tak sempat nak karang ceriter lagi.Minggu ni kat opis sangat busy dengan preparation untuk kerja-kerja kontrak.So,banyak masa buat paper work dan di site.Nak buka internet pun tak sempat,cuma sempat jam 1petang baru boleh layan-layan tenet sekejap.Update tudung pun sib baik ada staff yang boleh buat kejer.
Oh ya,butik naura telah dibuka di Ipoh tau,pada Isnin yang lepas.Tapi naura tak sempat lagi nak buat Grand Opening.Takderla grand sangat,panggil customer2 terdekat dan buat makan-makan sikit je kut.Kenduri doa selamat plus kesyukuran dah buat haritu.
Weekend lepas masa pun hanya di butik sampai jam 10 malam baru balik rumah bagan serai.Di butik naura ada buat satu bilik khas.Sebenarnya bilik tu nak buat sebagai opis naura bila naura dah quit kejer gomen n full timer sebagai biz woman.hehe...tapi buat masa ni hati belum betul-betul nak quit kejer lagi.Bos pun macam tak bagi jer kan...hu...Takper la,di butik ada staff yang boleh membantu.So,kurang sikit beban.Naura hanya pantau di sini sahaja ;);)
So,pejabat tu kami jadikan bilik untuk lepak-lepak dan tidor-tidor.Semua dah lengkap dalam tu,dengan tilamnyer,bantal-bantalnyer,peti ais,dan juga LCD.hehehe...so,kalau rasa tak nak balik umah,boleh titon kat situ.Tapi weekend lepas kami balik hari,sebab anak-anak umi jaga.Kesian la pulak pada anak-anak kena tinggal malam-malam dengan umi.
Weekend ni pun nak ke KL sekali lagi.Ada banyak perkara nak kena buat.Isnin-Rabu kena attend meeting di Cameron Highlands.Bestnyer..dah lama tak naik sana.Tapi sedih sbb kena tinggal anak-anak.Ada ajak hubby ikut sekali,bolehla hubby bawa anak-anak berjalan time naura meeting.Hubby kata lama sangat nak kena ambil cuti..huhu...so,tak jadi hubby ikut.
Nak tempek sikit gambar.hehe..gambar kedai yang tgh renovate,skang dah siap sepenuhnyer :)
Qausar yang bambam pun juga..hehe...
Ok lah,nak balik berehat.Malam ni nak masak apa yer..daa....


1 ulasan:
nampak sangat lama nor menyepi.. tengok2 naura dah anak 3.. dah siap ada baby boy lagi.. congrats.. saya pun sdang menanti kelahiran cahayamata ke 3...
Catat Ulasan