JOM FOLLOW ^__^

bunga

Khamis, 23 Februari 2012

Pagi ini nak berceriter,....

Assalamualaikum ^_^

Minggu ni mood nak bercerita kenangan masa muda-muda dulu.Skang dah tua ker?Terasa tua sebab dah beranak 3 kut.Kalau single dan berdua dengan suami tu,mungkin mood rasa muda tu ada lagi kut.hehe...

Banyak kenangan yang naura nak ceriter kat sini,khas untuk tatapan anak-anak naura bila diorang dah besar nanti.Sekarang ni musim pelajar lepasan SPM sedang giat mencari kerja kan.Banayk jugak email Resume yang naura terima untuk bekerja di butik naura,kebanyakannya sedang tunggu intake untuk ke ipta.Teringat la pulak masa baru habis SPM dulu.Samala jugak macam adik-adik sekarang ni,sibuk nak masuk u.Cuma naura terlupa nak apply ke university.Bila tengok kawan2 sekolah teknik dulu dok sibuk apply poli,naura pun tak nak tertinggal kan.Dapat jugak tawaran ke Form 6 dalam bidang Sains Biologi di Khir Johari Tg.Malim.Tapi berlagak tak nak jadi budak skolah balik..hehehe..sebenarnya mmg tak berminat nak ambil Biologi..huhu...Camner lah diorang boleh tawarkan ke jurusan tu plak :)

Dalam masa nak tunggu kemasukan ke poli tu,naura tolong mak berniaga kedai makan di sungkai.Seronok sangat,walaupun seawal jam 5 pagi dah nak kena bangun,nak kena gi market bli ikan sayur,tapi naura rasa hepi dan freedom sebab mmg dari azali minat berniaga tu dah ditanamam dalam jiwa.Habis niaga jam 4/5 petang.Badan letih,balik rumah mmg tak kuar ke mana-mana dah.

Diam tak diam,dah nak masuk ke politeknik ungku omar semester 1 dalam jurusan Kejuruteraan Awam.Masa di poli,sangat best,dapat pulak teman serumah yg mmg satu kepala,enjoy pun kuat jugak..hehe...

Paling tak boleh lupa,berkaraoke di Shogun dengan classmate.Pastu masing-masingla tong-tong duit nak bayar bil..hehe..

Dah habis blajar,naura kembali bekerja di kedai makan mak.Entahlah,takder hati kut nak cari kejer di luar.Time tu pulak kampung naura tgh sibuk dengan projek ketapi letrik nyer tu.Dulu masa latihan industri,naura mmg ada buat latihan di DRB-HICOM.Bila dah habis study,ada la jugak bos-bos naura yang rekemen minta naura kejer di company tu balik.Tapi time tu,mmg tak berminat langusng kan nak bekerja dalam bidang teknikal ni.Sakit kepala kut...

Mak pulak paksa naura terima tawaran untuk kerjer buat landasan ketapi letrik tu.Nak taknak,terpaksa terima.Ingat lagi,naura datang interview kejer dengan berpakaian niaga.Datang interview pun dah jam 4 petang.Baju pun comot dengan kuah kari,tak sempat nak tukar.Siap kena teman dengan mak lagi tu..hehe...

Naura kejer sebagai clerk of work.Kena gi site,berpanas semuanya.Tak syuka!!

Naura kejer 6 bulan jerk,sbb pastu naura dapat tawaran study.So,bos naura time tu mmg taknak naura quit.Dia dah plan nak hantar naura ke hq sebagai permanent staff.Tapi,kalau dah tak minat,mmg takleh jadi apa kan?hehehe...Sebelum sambung study tu,sempat la jugak tolong mak niaga lagi...

Bila dah tamat study,naura kejer di KL,sebagai project exec. di satu company Kontraktor Kelas A seorang Dato.Tu pun ada org rekemen jugak.Mulanya tak nak gi,tapi kena paksa dengan mak.Mak kata dah letih blajar dalam bidang teknikal,ko nak niaga pulak kat kampung ni..huhu...terpaksa turutkan kata-kata mak,takut jadi anak derhaka..huhu...Bermulalah hidup naura di kolumpo sebagai anak rantau dan project exec.Kejer boleh tahan letih,kena tahan maki,adoi....dalam masa seminggu Dato tu paksa naura hafal setiap jalan di kl ni..nangis la jugak.Dahla time tu bulan pose...Siap kena maki tiap-tiap hari yang tak tahan tu...huhu...

Takper,tahan dulu,cari duit nak kawin kata org..Bila dah cukup duit,tata Dato'..hehehe...

Bila dah kawin,saya sangat hepi bergelar suri rumah sepenuh masa.Sentiasa available untuk ke mana sahaja.Hubby pulak kaki jalan,time tu anak pun belum ada lagi.So,tiap-tipa hari nak jalan-jalan jer kojernyer... ;)Kadang-kadang ada jugak rasa bosan,time tu pulak belum didedahkan dengan dunia Bisnes Online ni.So,tak tau nak buat apa.Bila dah ada anak,barulah tau hidup ko busy mana kan...hehe..

Sekian,thanks sudi baca celoteh saya di pagi hari ;)

0 ulasan: