Assalamualaikum anak-anak mama,Damia Qashrina,Adriana Saffiya dan Muhammad Khalish Al-Qausar and all readers :):)
Kenduri naik buai Qausar ni buat masa cuti Maulidur Rasul haritu.Actually plan asal nak buat kenduri masa cuti bersalin dalam 3 bulan tu.Tapi jadual team marhabban penuh dengan kenduri yang dah awal-awal booking dari kami.Mak naura pun asyik sibuk jer dengan aktiviti dia.Then,hasrat Qausar nak naik buai terpaksa ditangguhkan dahulu.
Until habis cuti bersalin 3 bulan,still tak buat jugak baby shower Qausar kan.Kesian jugak,sbb kakak2 Qausar semuanya merasa majlis berendoi.Takkan Qausar takder pulak kan,dah la dia sorang jer anak teruna buah hati pengarang jantung naura :)
Seminggu sebelum majlis berlangsung,mak naura call,and bagitahu naura dia nak buat jugak majlis berendoi Qausar.Team Marhabban mak dah siap booking.Mak dah siap bagi date pada cuti Maulidur Rasul tu.Huhuhu...dalam masa yang tak sampai seminggu naura kena prepare macam-macam.Dahla tengah sibuk dengan butik lagi.Cuma sempat tempah muffin yang biasa naura tempah kalau ada kenduri tu,and benda lain semua mak sedara yang uruskan.
Baju pun pakai mana yang ada jer,sebab dah tak sempat nak beli kan..So yaya ngan adriana pakai baju raya tahun lepas,Qausar sahaja yang sempat shopping baju.Tu pun dari ipoh membawa ke Tg.Malim nak mencari baju yang sesuai ;);)
Naura plan nak sewa buaian di butik pengantin,tapi mak pulak tak bagi.Mak kata agak membazir sebab nak guna sekejap jer kan,so mak sedara naura la yang jadi mangsa kena buat buaian sendiri.hehe..
So,inilah rupanya buaian Qausar yang simple dan old style..Teringat pulak zaman adik2 naura naik buai,pakai buai macamni la..Guna kain sari ;)
Di hari kejadian,Qausar tak hensem.Habis muka Qausar kena gigit nyamuk kan.Hari sebelum majlis berlangsung,kami satu family tidor rumah mil dulu.Mil kat umah tak suka pakai spray nyamuk,so kena tahanla sengat di nyamuk..huhu...balik slim,mak naura pulak bising2 sbb muka qausar penuh bintat-bintat :)
Majlis berendoi Qausar start se awal pagi.Jam 8 pagi team marhabban dah ready depan rumah.Mak suruh diorang bfast dulu.Selalunya kalau kenduri,mak naura yang akan masak.Tak pernah lagi la tempah katering.Katering dari Mak Pah and her sister sahaja.
Piccas makanan pun naura tak sempat nak snap.Hubby naura pun tak sempat nak ambilkan.Faham-faham jer la kalau dah beranak 3 ni.Kiter tengah ber make up,diorang pun nak make up jugak.Terutamanya yaya.Dah pandai nak melawa jugak.Nak pakai parfume jugak macam mama.Pagi-pagi dah nak kena uruskan anak2 dulu.Penganti kena bagi siap2 awal-awal dulu..saper pengantin tu?hehehe..Qausar la,sapa lagi..hikhikhik...
ini lah dia buaian Qausar yang old style tu..hehehe ^_^
nampak tak naura tengah bersiap-siap kat belakang tu *_^
hehe...baru nak bersiap-siap =p Nak buat caner kan,pagi-pagi nak kena layan hal anak-anak lagi.Kalau masa ada bibik dulu,ada lah jugak masa nak bersiap awal-awal.Skang ni ko buat la sendiri kan.Cakap pasal bibik,hubby naura ada request nak ambil maid.Ada sorang wak tu yang nak renovate rumah kitorang,dia yang dok call hubby kata sedara nyer dikampung nak kejer ngan kitorang.Adoi,mula naura rasa serba salah.Naura sayang sebenarnya nak lepaskan umi (pengasuh sekarang).
Tengokla dulu macam mana kan,ambil sebagai tukang kemas rumah pun ok jugak.Tapi pulus kena lebih la pulak nak kena bayar dua gaji..huuu...ada saper2 baik hati nak bayarkan?hehe...
Tengokla dulu macam mana kan,ambil sebagai tukang kemas rumah pun ok jugak.Tapi pulus kena lebih la pulak nak kena bayar dua gaji..huuu...ada saper2 baik hati nak bayarkan?hehe...
Bila Qausar dah siap,hubby naura punya turn lak siapkan dua orang anak dara tu.Last sekali baru la mak pengantin ni nak bersiap.Team marhabban dah masuk dalam rumah,naura still tgh bersiap lagi..huhu..Qausar pulak dah 6 bulan kan time tu,so dia pun agak takut nak baring dalam buai tu.Dah pandai dah ;)
Nak pulak bila dia dengar team marhabban tu dok marhabban kuat-kuat..hehe..lagila dia seriau semacam jer..
Nak pulak bila dia dengar team marhabban tu dok marhabban kuat-kuat..hehe..lagila dia seriau semacam jer..
Muka Qausar penuh bintat-bintat kena gigit nyamuk.Frust sungguh naura bila tengok banyak bintat tu.Mak naura pulak seminggu jugak bising kat naura,kata naura seedap tidor la..sampai anak kena gigit nyamuk pun tak sedar..hehe...naura kalau dah tidor,mmg sakan...
Susah jugak nak diamkan Qausar ni.Asyik merengek jer minta di angkat ;)
makan jari...tu tandanya dia nak puting..hehehe...
ok,dah nak start cukur jambui...
Tugas hubby adalah dukung Qausar sepanjang majlis berlangsung.Naura mmg tak berdaya nak dukung Qausar ni.Macam dukung beras 10kg.Lenguh satu badan..hehehe
Sib baik ada hero malaya sorang nih :p
Makcik marhabban tu sian kat pipi ochar..
Adik naura ditugaskan untuk pegang dulang kelapa tu.Buah kelapa tempat letak rambut qausar dan bunga rampai adik ipar naura yang sediakan.Tq banyak2 :)
Boleh dikatakan semua makcik2 team marhabban tu dok cium Qausar.Sampai lembik jugakla si ochar ni kena kiss :):)
Rambut ochar pulak dah la cikit jer.Nak gunting pun jenuh nak mencari..hehe..
Sabar yer nak..sikit jer lagi..pasni boleh masuk tidor =p
Dua beradik ni tengah hairan.Tu yang ushar pelik tu.
Hairan tak habis-habis lagi ni :)
Ok,muka garang kakak yaya :p
Adriana yang comel berbaju kurung.Baju raya tahun lepas.
Kali ni bertahan lama jugakla bergaya dengan baju raya.Kalau tak tak sampai sejam,habis comot satu badan...
Al-qayyum pun dah start naik bosan dah...Sib baik tak buat hal lagi...boleh tahan jugak kalau dah start meragam :)
Siannyer dia..teringin la tu nak berendoi ek???
Mamam tangan lagi..
Adriana pun mamam tangan jugak ker?
Mama pun dah naik lenguh asyik jadi photographer jer.So,duduk dulu baca doa..
Ok,dah start meragam nih.Dah nak masuk tengah hari la katakan..mula ada yang mengantuk...
Kan dah kata...ni meragam sebab mengantuk atau kena kacau dengan kakak yaya?
Anak-beranak ni pun dah naik letih..hehe..
Adik ipar dan anaknya,fakhrullah.
Jaga-jaga,Fakhrul kuat menggigit!!
Qausar pun dah start merengek minta susu,so bawak keluar minum susu dulu.
Anak-anak dara mama yang comel dan sedikit nakal jugak :)
Apa tengok-tengok??he....
Manja dengan mama ni...nak tidor pun cari mama...
Buat muka temabm Qausar ;)
Orang tak habis marhabban lagi,tapi kitorang dah kuar..hehe..
Kakak yaya pun dah boring,sampai manik kat tudung mama pun buat main :)
Selesai sudah marhabban,team lelaki pulak berkumpul diluar untuk baca sedikit doa selamat dan kesyukuran sempena pembukaan butik naura tak lama lagi.Dah selesai majlis,semua keletihan,bagi anak-anak mandi,semuanya masuk tidor...
1 ulasan:
cantik tudung naura pakai ni..ada jual kat naura shoppe ke?
Catat Ulasan