JOM FOLLOW ^__^

bunga

Isnin, 20 Februari 2012

Kenangan Berniaga Masa Kecik-Kecik Dulu :)

Assalamualaikum ;):)

Hari ni berbual kosong dengan teman seofis.Berceriter zaman kecik-kecik dulu.Imbas kembali cerita suka duka masa naura baru berumur 5 tahun.Masa tu kami sekeluarga menetap di Felda Jengka 21 Pahang.Abah bekerja sebagai pegawai Felda time tu,mak pulak tak bekerja.Suri rumah sepenuh masa.Adik beradik ramai,seingat naura masa tu Along,naura,asya,jemi dan jebat.Cikah dan Muaz takder lagi.

Naura dari kecil mmg dah diasuh suka berniaga oleh mak.Kalau nak pergi rombongan,nak beli pensel warna dari salesman yang datang menjual di sekolah,mak akan suruh jual kerepek kat sekolah.Macam-macam yang naura jual.Ada kerepek pedas,kerepek tepung,sagu,kuih cakar ayam.Ingat lagi masa 5 tahun tu,naura masih di tadika,gi tadika kadang-kadang abah hantar naik motor,kadang-kadang naura jalan kaki ngan kawan-kawan.Dari jauh dah nampak kawan-kawan dah siap-siap tunggu naura depan pintu pagar sekolah.Semuanya dah siap standby dengan duit syiling…hehehe…
Tiap-tiap hari mesti sold out kerepek-kerepek yang naura bawak.Best!!Pastu poket berat dengan duit syiling.Dari rumah mak dah siap pesan,duit jualan nanti bagi pada Cikgu Non tolong pegangkan.Dah habis waktu belajar,baru ambil =)

Bukan naura jer yang menjual,Along pun rajin jugak tolong mak.Kedai-kedai berhampiran pun kami akan hantar kerepek mak buat.Selalunya kalau hantar kat kedai,kami siap2 lekatkan berbungkus-bungkus pada poster rokok yang keras tu.Sekarang poster tu dah susah nak jumpa. Staple banyak2 macam bungkusan readymix Radix tu ;) Jual sebungkus 20 sen jer….Murah dan sedap!!

Bila sabtu ahad,mak akan buat untuk kami jual di sekitar perumahan kuarters Felda.Mak tak bagi jalan jauh-jauh,sebab kami waktu tu kecil lagi kan.Naura ingat lagi,naura akan bagi salam kuat-kuat depan rumah makcik-makcik tu.Kalau tak jawab salam,naura turut sampai ke dapur..hehehe…

Pastu siap cakap lagi,”makcik,belila…murah jer..kat kedai lain tak dapat harga macamni..sedap pulak tu mak masak”
Hehehe..statement tu naura tak ingat pun naura pernah cakap.Tapi Along naura yang ingat.Dia selalu ceriter kisah-kisah kami menjual kerepek tu…Kenangan paling indah dalam hidup naura..

Bila dah masuk Darjah 4,naura jual penanda buku pulak  Penanda buku tu naura buat sendiri.Guna buku-buku Mickey Mouse yang lama-lama mak belikan.Gunting cartoon yang comel-comel,pastu lekatkan pada kertas keras,tebuk lubang,ikat ribbon,dah jadi penanda buku.Naura jual RM1 satu..mahal giler,…hehehe…Tapi best,sebab laku.Pastu paksa adik jual sama..hehehe…

Kenangan bila habis SPM pulak,naura sempat berniaga lagi.Kali ni dah advance sikit.Naura jual sandwich kat hostel adik.Sandwich sardine buat sendiri,paksa adik jualkan..bila tak habis jual,adik kena marah dengan naura…hehehe…Burger pun ada jual jugak…

Itulah kenangan paling indah dalam hidup naura.Masa tu zaman agak susah,adik beradik ramai.Nak beli apa2,kena usaha sendiri.Apa pun naura bangga dan berterima kasih dengan mak naura,sebab dia yang mengajar naura erti sabar dan tak berputus asa.Hope dapat kuat macam mak..Sayang mak..

0 ulasan: