Salam Damia,Adriana,Qausar and all readers :)
Bulan January banyak sungguh cuti di calendar kan!Dengan raya cina la,pastu coming soon nak cuti Maulid Nabi pulak.Thaipusam lagi.Best betul kalau cuti-cuti tu dapat merehatkan diri dirumah sambil layan DVD kan...huhuhu...pada naura dan hub,cuti ni kami ambil peluang untuk uruskan kedaila,cari kain la..macam-macam...Next holiday nak ke overseas sekejap.Terpaksa lagi tinggalkan anak-anak.Takper yer anak-anak mama,mama sibuk sikit dua tiga bulan ni.Cari rezeki lebih untuk anak-anak.Nanti dah settle semuanya,mama ngan ayah janji akan spend more time untuk uols.Luv a lot :)
Gong Xi Fa Chai kami beraya di Kuala Lumpur.Bermalam di KL satu malam jer.Itu pun ada urusan bisnes sikit.Anak-anak terpaksa tinggalkan di kampung.Awal-awal dah booking hotel Star Points Kuala Lumpur kat Jalan Masjid India.Booking online.Bila dah sampai jenuh mencari hotel.Rupanya2 depan Semua House jer..wihii..
sampai2 terus check in,mandi semuanya and rest kejap.sampai bilik tak sah la kalau tak snap piccas kan..bilik pun agak luas,selesa jugak.Tapi biz travel macam kami ni,memadai bilik biasa2 je.Cuma untuk tidor je kan...
tapi tetap prefer bilik yang ada carpet.Sebabnya,kaki cepat naik lenguh-lenguh kalau pijak lantai,lagi2 dalam bilik hotel for sure hubby akan on aircond kuat-kuat :)
Shower room pun besar jugak.Ambil gambar jugak,hub suruh.Nak buat shower room kat master bedroom kami macamni kut yer hubby?
Suka design macamni.InsyaAllah ada rezeki lebih boleh buat macamni kat our new house.
Hubby dok test apa tu?Hubby kata nak bilik luas macam ni for our new house coming soon.Naura cakap,nak besar macam tu tak dapatla hub.Rasanya bilik tu sama luas dengan rumah sewa yang kami tinggal sekarang ni.hehehe...
Dah mandi-mandi,perut pun dah lapar,lunch kami di Nasi Kandar Kudu tak salah naura nama dia.hubby yang ajak lunch situ.hubby kata pernah kuar tv.nampak cam sedap,coz ramai sungguh yang beratur kan.bila dah try,oh..dekat masjid negeri ipoh paling terbaik pada naura.those yang pernah try kat masjid negeri ipoh tu,for sure akan datang semula nak makan nasi kandar tu lagi ;);)
Dan tempat kedua masih lagi Nasi Kandar Ali kat Pt.buntar.sedap sampai jilat jari semuanya :)
Apapun.alhamdulillah.Allah beri rezeki dan nikmat untuk merasa makan macam2 di bumi Allah ini.syukran.
Dah kenyang perut kami ronda-ronda cuci mata tengok bisnes orang @ jalan tar.masuk macam2 kedai,kadang-kadang bila banyak berjalan dan jumpa ramai orang niidea pun ada.bukan idea je sampai,peluang nak kembangkan biz pun ada.best :)
Bila berdua ngan hubby,hubungan pun semakin mesra.dapat ceriter macam2 yang kadang2 tak boleh nak share bila dirumah.maklumlah,sibuk uruskan anak-anak.baru nak peluk-peluk nak manja-manja kat hubby,anak-anak dah kacau.sibuk nak join peluk skali.hehehe..tu la ceriter bila ada anak ni.kebahagiaannya lain.tak sama rasanya bila berdua sahaja.tapi bila sesekali dapat peluang dating berdua dengan hubby,nikmat bahagianya pun agak berbeza.rasa macam mula2 cinta nak berputik pun ada.hehehe..tapi,bila dah berdua ngan hubby pun,citer paling kerap adalah pasal anak2 jugak.huhu..mesti nak buka ceriter Damia,Adriana dan Qausar yang macam-macam perangai tu ;);)
ok,dah kenyang our bolehla lunch tu,weol jalan2 satu KL.Pusing sampai lenguh kaki.Malam tu dinner pulak kat tempat feveret.HR STEAK HOUSE Kg.Baru.Mesti jugak nak order Sizzling Steak.Tapi rasanya dah kureengg sikit sedapnyer.Naura try jugak nak rasa mushroom soup with garlic bread,tapi keciwa jugak.Sebab dah try yang sedap kat Sentosa Villa Taiping.Takperlah,janji perut kenyang.

Perut dah diisi,so masa untuk bakar semula kalori yang dah masuk perut tadi kan.Weol jalan-jalan kat area Jalan Bukit Bintang.Time nak raya ni,tempat tu happening dengan pelbagai tourist.Memang tourist yang penuh sepanjang jalan.Ada jugak kaum cina yang sedang makan besar di restoran tepi-tepi jalan tu.Yang paling menyakitkan mata bila tengok anak muda melayu kiter,lepak-lepak sambil teguk 'air haram'..sedihnya melihat kejahilan budak-budak muda zaman sekarang...hurm....


Bila kaki dah start lenguh-lenguh,hubby request nak urut kaki kat spa jalan bukit bintang tu.Kan banyak spa sepanjnag jalan.Tapi kena berhati-hati sikit,jangan main pakai pilih je nak mengurut di situ.Sebab mostly adalah biz haram (tawarkan seks tu...).So,ambil yang ramai customer and spa dia open.

Naura suka nak buat full body massage.Urut2 kaki ni naura tak berapa nak tahan sakit..hehehe..so prefer full body massage dengan minyak aromaterapy yang lebih rileks...bila masuk bilik,hubby pun macam tergoda gitu,so hubby pun nak join jugak full body massage..huhuhu...Dah urut satu badan,cine kedai tu bagi limau ngan air mineral..naura tak makan,sebab selalunya kalau pas urut naura prefer minum air jamu/air halia.Baru best sikit rasa badan...;);)
Dah sedap kena urut,ingat nak terus balik hotel.Sebab jam pun dah masuk 12.30 pagi.Esok nak bangun awal lagi.Masa jalan-jalan tu,nampak ada satu couple ni tgh duduk dilukiskan potret.Macam best jer kan..terus tak malu ajak hubby sama.hehehe...
Time ni hubby dah settle kena lukis,so my turn lak.Hubby sibuk kacau n ambil gambar.So rasa nak tergelak2,tapi tahan takut pelukis tu lukis muka jadi senget plak kan.Malu jugak sebab ramai yang lalu,mesti singgah berenti situ tengok kitorang..hehehe...
ni la brother yang lukis muka potret kitorang tu :)
Brother tu tgh lukis gambar naura.Muka hubby naura sama tak?hehehe...
Hubby dok kacau,pastu siap record lagi...ntah apa-apa..
Malam tu balik hotel,terus tidor.Tak buat aktiviti apa-apa dah..hep!!!hehehe...
Esok pagi-pagi bangun,breakfast kat cafe hotel.
Ni mama punya,sikit jer...tapi ada roti bakar lg 3 keping..hehehe...
Puding roti boleh la...sedpa jugak.
Chec out time.
Singgah Gulatis sebelum balik,memborong kain chiffon.Dapat harga murah sebab borong banyak giler.Bawak masuk keter sampai terangkat keter dibuatnya.

Hubby yang sentiasa menemani tak kira susah senang..sentiasa bersama..thanks hubby :)














0 ulasan:
Catat Ulasan