bunga

Rabu, 11 Januari 2012

Mandi-Manda Di Kolam Air Panas Sg.Klah Sungkai

Salam :) Damia,Adriana,Qausar dan all readers :)

Cerita ni dah basi pun.Degil jugak kan nak tempek kat sini.Mandi-manda masa cuti krismas baru-baru ni.Cuti lama mmg terasa sangat best.So,kena pikirkan tempat yang syok untuk bawa anak-anak berlibur.So,hot spring adalah tempat yang paling sesuai,dan dekat dengan kampung naura ;)

Paling best sebab masuk free..hehehehe...

Biasanya macamnila.Bila school holiday,tersangat pack.Kitorang gi mandi petang-petang sikit.Sebab berniat nak berendam kat hot spring skali.Berendam kolam air panas malam-malam memang layan.Pas mandi jgn lupa minum air masak banyak2... ;)



Angkut semua sekali,mak,along n qayyum.Memang dah jadi tabiat,kalau berjalan kemana-mana,mesti nak bawak semuanya.Macamtulah selalunya,mesti nak bawak 1 family bergumbira.rasa happy bila tgk mak n adik bradik serta anak buah happy kan.cuma abah jer yg jarang nak ikut :p itulah kebahagiaan sebenar pada naura,lebih bernilai dari wang ringgit.

Adriana kalau naura bawak dia mandi-manda,memang dia akan mandi puas-puas.compare dgn yaya,adriana lebih berani.tak takut nak gi tempat dalam sikit.mmg tak padan dengan kecik ;)

Bila tengok gambar qayyum ni klakar pun ada.dia tgh tunjuk seluar dia kat mama dia,nak shishi actually.qayyum ni umurnya dah 2 tahun,dah tak pakai pampers dah,coz dah pandai cakap kalau nak shishi.tu yang dia tunjuk kononnya nak buka seluar.hehe..

Macam-macam gaya kuak lentang la pulak yg diorang ni buat.teringat pulak moment yg manis masa di Tiara Beach Resort.masa tu pun bercuti dengan mak,abah,along,qayyum dan naura satu family.best kat tiara tu.coz tempat mandi luas.anak-anak pun hepi giler :D
Mak naura takmau berendam dalam kolam air sejuk tu.sejuk katanya.so,dia duduk perhatikan kitorang jer sambil jaga qausar.qausar pun naura taknak bagi dia berendam dalam kolam air sejuk.takut kena flu.tunggu mandi kat kolam air panas t ok.

Qausar tengok apa tu?sib baik qausar tak banyak ragam,senang sikit mama nak angkut berjalan.hehe..
qausar bambam..time ni dia belum star mamam lagi,skang qausar dah 5 bulan.dah start mamam sikit-sikit.bertambah tembam la pasni.tiap2 hari hubby kokak pipi qausar.jahat hubby ;p

Tanda lahir yg tak tahan tu.pergi mana2 mesti ada yg tegur,sampaikan ada yg ingat tanda lebam jatuh.huhuhu..bila naura bgtau yg itu adalah tanda lahir,terus diorang cakap wah,so hensem arr..hi...nak amik hati la tu ;)

kakak yaya dah besar ;) sampai2 kolam exited nak mandi,bila dah masuk kaki dalam kolam,alahai..sopan2 je mandinya :)


Tak kisahlah..asalkan anak-anak mama hepy,mama pun hepi bila tengok senyuman dimuka :d

Peace damia :);)

Adriana dah kesejukan.So tugas mama untuk panaskan badan adriana with a big hug!!

Dah puas mandi kat kolam air sejuk,ke kolam air panas pulak kiter.Sebelum terjum ke kolam air panas,ajak semuanya makan dulu bekal yang dibawa.Bawak bekal bihun goreng,nuggets,finger chicken untuk semua.Semua makan dengan selera,sebab lapar sangat.

Qausar tengok sudah,time ni belum makan apa-apa.

Makan sampai sepah-sepah.Comot satu muka.Bila makan ramai-ramai macamni,anak-anak makan bertambah.

Dah kenyang perut,jom berendam dalam kolam air panas pulak.Kolam air panas buka sampai malam.Tak hingat jam berapa,kalau malam diorang akan buka semua lampu kat situ :)

Bambam kan Qausar?Time ni ada beberapa orang yang ambil gambar qausar.Geram sangat sebab tembam kata mereka.

Hubby naura taknak mandi,coz seluar yang naura bawak koyak..hehehe..dah sampai kolam baru perasan ada koyak.Naura suruh bli seluar pendek kat situ,dia taknak :):)

Yaya yang sopan ;p

Adriana seronok sampai terminum air kolam tu ;)

Tengah bergosip apa pun tak ingat.Tengokla mulut tu,nampak sangat tgh dok gossip best-best :) hehehe...

Tiba-tiba dah tukar uniform kan.Qayyum plak tetiba dah pakai seluar tecik laks :p

Budak ni behave,kadang-kadang kena pegang dia tak bagi behave sangat.

Happiness :D

My Heaven :)

Dah tak larat nak dukung Qausar,so ganti-ganti pulak:)

Sampai tertidur-tidutr qausar dapat mandi air panas.

My Sunshine :):)
Sian tengoknya.Habis mandi,naura tukar baju dalam keter jer.Simple tak?hahahaha..hubby tolong cover,lagipun hari dah gelap,orang pun tak ramai dah.Balik terus slim river,sampai umah bagi anak-anak amakn,pastu semuanya masuk tidor awal.Senang sikit mama nak lepak2 ngan maklong sambil bergosip kan :)

Next time bila cuti mama bawak lagi datang sini yer :)

5 ulasan:

ratna berkata...

Geram tgk bdn qausar...naurah... Mama awak nampak muda...

Naura berkata...

Ratna,geram nak gigit ker?hubby naura tiap2 hari gigit pipi qausar.huhu.macam lepat liat katanya..muda ker?selalu gi senam robik kut..

Neeza.Areef berkata...

aritu ada member suggest pg sini..tp lom smpai2 lg..

eehh..bambam nye bb isk iskk..pejal di sana sini

Naura berkata...

Kak neeza,gi la kak bawak anak2.seronok n best.huhu,tembam kan..

Naurah Napiha berkata...

UIT!!!JELES NYE!!!