Salam dan selamat tahun baru 2012.Agak lewat rasanya untuk ucapkan salam tahun baru..hehe..Azam apa tahun ni?Naura cuma nak tunaikan certain azam tahun lepas yang belum tercapai lagi.Semoga tahun baru ni jugak,naura and family mendapat keberkatan dari yang Esa,serta naura dan suami akan bertambah bahagia,dikurniakan kasih sayang yang melimpah ruah disamping anak-anak yang tercinta.Bila cerita pasal kasih sayang,suami isteri,anak-anak,naura terpanggil nak bercerita satu kisah kawan-kawan disekeliling naura.Bukan nak mengumpat,tapi cukuplah sekadar cerita ini akan dijadikan ikhtibar buat kite yang akan dan telah pun berumahtangga.
Tahun 2011,naura dan suami menjadi seorang pendengar yang setia terhadap masalah rumah tangga yang menimpa kawan-kawan sekeliling.Tahun 2011 juga ada 2 rumahtangga yang hancur,dan kami adalah dilantik untuk menjadi pendengar yang setia..ehm,tak tahu kenapa kami yang dipilih,walhal kami suami isteri bukanlah jenis yang suka besembang hal rumah tangga,atau menyibuk rumahtangga orang.Mungkin kawan tersebut merasakan kami banyak mendengar dari bercerita.Sekurang-kurangnya dengan mendengar dapat menghilangkan segala gundah gulana,sedih,kecewa terhadap rumahtangga yang dibina atas dasar cinta :(
Kawan tersebut adalah pasangan suami isteri yang masih muda.Dikurniakan seorang anak,dari apa yang kawan(suami) cerita,dia betul-betul kecewa dengan isterinya,yang juga kawan kami.Lepas berkahwin after a year,suami isteri tinggal berjauhan.Anak ditinggalkan bersama ibu kepada isteri.So,suami isteri hanya dapat jumpa anak seminggu sekali.
Dan apa yang lebih mengecewakan,isteri tersebut berlaku curang.Tambah lagi kesedihannya apabila mertua langsung tak bagi peluang pada dia untuk berjumpa dengan anaknya.Walaupun diorang ni belum lagi bercerai.Ehm,sedih dengarnya.Tapi kami sebagai kawan hanya mampu bagi kata-kata nasihat dan semangat jer la.Mungkin apa yang berlaku adalah disebabkan kiter lupa tempat dimana kiter berpijak.Lupa status kiter sebagai suami/isteri. :(:(.Naura tak tahu kebenaran sebenar,sebab hanya mendengar dari satu pihak sahaja.Hanya tuhan yang tahu apa kebenaran yang terselindung.
Kisah kedua,jiran terdekat.Terus terang naura cakap,naura mmg tak bercampur dengan jiran-jiran.Sekadar apabila ada yang lalu depan umah,naura akan senyum atau menyapa.Untuk bersembang lama-lama tu tak pernah rasanya.Hehehe...Tapi,naura jugak yang dipilih untuk menjadi pendengar yang setia,mendengar segala keperitan yang dia alami.Kali ini cerita agak berbeza.Suami berkahwin buat kali ketiga.Isteri yang ketiga adalah warga indonesia..Hurm..tak tau nak nasihatkan macam mana,sbb tak berapa rapat.Cuma boleh menghulurkan sedikit bantuan,kesian pada anak-anak yang masih kecil dan baru nak bersekolah.Dan sangat kesian pada anak sulung jiran tersebut,yang terpaksa uruskan hal persekolah seorang diri,babanya pulak,awal subuh dah kuar mencari rezeki.Anak tersbut baru darjah 4.Apalah yang dia tahu hal ornag dewasa ni.Mana nak gosok baju sekolah,nak breakfast.Kadang2 kalau ternampak dia berseorangan depan umah,naura akan panggil.Beri sedikit makanan untuk dia isi perutnya yang kecil.Naura mesti nak tanya,dah makan ke belum,ada pergi sekolah tak hari ni.Kadang2 dia tak kesokolah,sebab takder org yang kejutkan n nak hantar ke sekolah.Sedihnya....naura takut,bila dia besar,dia akan salahkan mak ayah dia atas apa yang berlaku :(
Semua cerita di atas benar-benar memberi kesan kepada naura dan suami,supaya lebih saling hormat-menghormati,dan tahu batas pergaulan apabila sudah berumah tangga dan mempunyai anak-anak.Bukan tak pernah bergaduh,sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri,.Bila dah 5 tahun berkahwin ni,naura lebih memahami suami naura rather than suami memahami naura.Naura faham,bila naura merajuk,hubby takkan datang memujuk.Walaupun dah 2/3 hari merajuk,hanya masuk seminggu merajuk barulah hubby terhegeh-hegeh nak pujuk naura.Dah faham sangat.Sebab tu bila bergaduh,naura dah set kat my mind,no merajuk-merajuk.Nasib dapat suami tak pandai memujuk,tapi Alhamdulillah pandai dalam 1000 perkara lain.
Bila bergaduh/tak puas hati dengan suami,naura akan terus cakap, "abang ni tak tahu ke naura tengah marah!Naura sakit hati tau tak bila bahulu yang naura pesan abang lupa nak beli,tapi kerepek-kerepek pedas yang abang suka tu,abang tak pernah lupa nak beli!!"
Ha,macam tu la.Atau kalau dah geram sangat naura akan bagi penumbuk kat badan hubby.Rasakan penumbuk naura yang mantoooppp tu!!I ada taekwando tau!
So,naura dah takder masa nak memikirkan nak merajuk macam mana,nak nangis-nangis...cukup buang masa,sebab naura ada anak-anak,naura ada bisnes naura untuk difikirkan lagi.Merajuk ni adalah perkara yang buang masa untuk diri naura.Kebaikannya bila kiter lepaskan time tu jugak adalah settle semuanya dalam beberapa saat jer ;)
Panjang pulak bercerita.Sebenarnya nak cerita sikit aktiviti kami sekeluarga sepanjnag cuti yang banyak last year. Hari tu mak,kaka n anak buah ada datang rumah.3 hari jugak berkampung dirumah naura.So,naura nak la bawak diorang ni makan-makan kat taiping.
Bawa sekeluarga ke Lazzat Cafe @ Taiping.Suka makan satey kat sini,sebab ala-ala macam makan satey kajang kan..hehehe...
Anak-anak dah membesar sekarang ni,orang kata leceh kalau bawak berjalan kan.Konon macam penat la,itu la..tapi hubby ngan naura mmg suka bawak anak-anak berjalan.Cuma destinasi tu mungkin dah berubah sikit.Kena ikut apa yang sesuai untuk kids.
Adriana buat muka busuk..hehehe...
Qausar sekarang dah 5 bulan tau!!Dah bijak sekarang ni.Dah mula makan biskut MILNA.
Oh ya,sepanjang mak ngan kakak naura kat umah naura,diorang mmg tak duduk diam.Habis satu rumah kakak naura kemas.Rajin sungguh.Naura jer yang dok bising suruh diorang duduk diam..hi...
Bila tengok gambar ni,naura kena admit,usaha naura nak tambah berat badan dah berjaya..hehe...
Bersama kakak yaya yang lincah dan Qausar yang bambam...lenguh badan kalau dukung qausar lama-lama.
Buat muka pipi qausar yang tembam!!
Qausar adalah sangat senang kalau nak dibawa berjalan.Sebab dia akan duduk diam,and lama-lama sure punya akan tidor..hehehe...
Hubby pun happy la sebab takyah nak dukung qausar sebelah tangan sambil makan..
Adriana pulak dah takmau makan bersuap.Semua nak buat sendiri.Nak mandi sendiri,pakai baju sendiri..hehehe..senang sikit tugas mama.
Qayyum pun nampaknya dah besar.Dah boleh nak minta adik ni.
Cuma naura je yang bising-bising kat kakak naura,tak bagi dia bersalin lagi.Biar Qayyum tu besar sikit.Eh,ko takper kan..tetiba pulak nak halang-halang orang peknen lagi kan..hehehe....Oh ya,sekarang ni naura dah amalkan makan jamu untuk family planning.Naura tak ambil pil perancang yang doc bagi tu.Takut ada effect kemudian hari.Naura just makan jamu ma'ajun yang khas untuk family planning.Banyak giler khasiatnya.Antaranya merapatkan semula organ kelamin,mengecutkan rahim,memberi tenaga,memperbaiki kesihatan secara dalaman,dan paling penting mengembalikan ghairah suami isteri,biasalah kan,bila dah beranak pinak ni,kadang2 badan cepat letih,pastu mulalah hilang perasaan nak bersama suami..Ubat jamu ni terpaksa import dgn seoarng member,sebab susah nak dapat..hehehehe...Naura mmg kena makan ubat ni,sebab naura ni terlalu la subur.Takut terlekat lagi.Biar anak-anak memebesar dulu,baru fikir nak tambah lagi.Ikutkan hubby,hubby nak ramai anak.Tak cukup katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan