bunga

Isnin, 3 Oktober 2011

Lontong Jawa ~ Sedap gak makan time bfast!!

Last week teringin nak makan lontong lagi.Kali ke dua masak pada bulan syawal tahun yang sama..huhu..Sedap,sebab tu masak berkali-kali.Hubby lau makan sampai 3 mangkuk bertambah.

Lontong jawa ni bibik naura yang ajar.Dia tak sama cam Lontong Melayu tu.Sebab yang ni ada tumisan rempah-rempah.So dia ada wangi sikit n rasa pun ada lain sikit.Tak sama cam masak lemak yang biasa.

Actually,masa raya aidilfitri 2 tahun yang lepas dulu,naura ada gi beraya umah jiram MIL kat ipoh.Jiran dia hidangkan Lontong Jawa yang maid dia masak.Pas makan kat situ,terus jatuh cinta.Balik tu naura tanya bik naura,resepi Lontong Jawa diorang..Best!!Best!!

So,hari ni naura nak la share kat uols resepi sedap ni.Balik kojer ni boleh try ok.Walaupun raya udah habis,tapi still sedap makan time bfast!




Bahan-bahan :

10 biji bawang merah
1 inc halia
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
2 inch kunyit hidup
sedikit belacan (nak guna udang kering pun boleh)

**semua bahan diatas di blend halus

terung panjang potong ikut suka uols nak bentuk caner
lobak potong ikut suka uols nak bentuk caner
bunga kobis
tempe
ayam / daging (naura suka guna ayam yg dipotong kecik2)
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
3 biji buah pelaga
sedikit bunga lawang dan bunga cengkih
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit
santan


cara nak masak :

Tumis bahan yang diblend tadi bersama rempah2 diatas yer.Tumis sampai naik bau.
Masukkan sayur yang agak keras dulu,diikuti dgn ayam,2 btg serai dan daun kunyit.
Gaul rata.
Masukkan santan.Jangan pekat sangat.Kalau pekat buh air lagi.
Masukkan sedikit garam n gula..

Sedap makan dengan nasi himpit.Naura selalunya akan siap2 rebus ketupat mini "Nona" tu di malam hari.So esok pagi tinggal nak potong n ngap jer...

Sedap gak makan ngan kuah kacang.Tapi naura tak suka,hubby jer yang suka campur ngan kuah kacang bersama lontong.


~Selamat Mencuba~

Tiada ulasan: