bunga

Rabu, 29 Julai 2009

~HONEYMOON DI TERENGGANU~

23 July-25 July 2009
EPISOD 1 : KUALA TERENGGANU

KHAMIS, 23rd July 2009, 7.30 am :

Subuh2 lagi sudah bangun. Hari ni nak gerak ke Terengganu.Damia belum bangun lagi.So,aku gi mandi and bersiap2 se’simple’ yang boleh.Then,gerak Damia untuk menyusukan dia.Takut dia kempunan selama 3 hari aku takder di sisi dia.Selepas Damia menyusu,bagi bobom semula, kitorang berangkat dari Slim River ke Terengganu.Bertolak awal sikit,sebab kitorang drive kereta sendiri sajo!Pada awalnya planning nak naik AIR ASIA jer dari LCCT ke Kuala Terengganu.Cepat sikit sampai.Hubby pun setuju gak.Last minute hubby tukar plan.Hubby kata kita drive keta sendiri sudah.Sebabnya,kalau naik flight tak berpeluang nak jalan2 cari makan sepanjang perjalan dari Slim River ke Terengganu tu.Kalau naik flight bosan sikit la..Tak berpeluang nak merasa makanan2 yang menarik yang takder kat Negeri Perak ni.

Aku pun ok jer.Termakan gak ngan kata2 hubby.Makanan kat Terengganu menarik.Macam2 ada!Hubby dah banyak kali melancong ke Terengganu ni ngan family dia before kawin dulu.Aku lak baru second time datang Terengganu.First dulu time Tounament Taekwando kat Terengganu.Selama seminggu di Terengganu dulu,tak sempat pun nak jalan2 cari makan.Masa yang ada pun dipenuhi ngan tournament taekwando sajer.

Muka pun rasa fresh jer.Tak sabar nak sampai ke Terengganu~


Dari Slim River seawal pagi, hanya sempat minum kopi o sajer kat rumah mak.Kitorang bfast kat R&R Genting Sempah.Gi Terengganu ikut Batang Kali-Genting Sempah.Ikut Highway Karak.Hubby yang drive pada mulanya.Sampai Genting Sempah after bfast,aku lak yang drive.Aku drive sampai Teluk Chempedak,Kuantan Pahang.Kitorang dok lepak sekejap kat area Teluk Chempedak untuk lunch.

~Muka hubby ceria jer.Suka tengok!Huhu..hubby bestla..sponsor honeymoon.(dari dulu pun mmg hubby yang dok kuar duit..huhu)

Muka lapar,tapi still boleh senyum.Takkan nak publish kat blog gambor muka masam kut.Ni kalau Damia dah besar,bila dia view balik blog aku,at least nampakla muka kebahagiaan yang terpancar..cheh!

Hubby ajak makan gulai tempoyak ikan patin kat area Teluk Chempedak.Dulu hubby pernah makan kat situ.Sedap.Tapi,bila kitorang gi,kedai tu tutup la plak.Takder rezeki nak rasa ikan patin Sungai Pahang yang mmg sedap tu.

Lastly kitorang makan kat area Teluk Chempedak gak,makan Nasi berlauk ikan masak assam pedas.Bolehla..asalkan kenyang..

Bila dah kenyang,baru kitorang gerak semula ke Terengganu.Kali ni hubby lak yang drive.Sepanjang jalan ke Kuala Terengganu, mata ni cukup terpegun dengan keindahan tuhan.Menikmati panorama kampung nelayan,penjaja2 yang gigih berniaga di sepanjang jalan dengan pelbagai aneka makanan.Cukup terpesona.Sepanjang jalan mata dihidangkan dengan laut yang biru dan cukup damai..

Sampai sajer kat Daerah Marang,Terengganu,suasana pun bertukar.Kat sana penjaja2 di sepanjang jalan sedang sibuk membakar jagung dan merebus kacang tanah.Hubby ajak berhenti sekejap,makan2 jagung bakar.Kitorang makan kat situ gak.Malas nak makan dalam keta.Lagipun jagung bakar tu panas2.Kang kalau makan dalam keta,habis sepah2..Mmg sedap sangat jagung tu.Jagung bukit.Last aku makan jagung ni masa gi Cameron Highland dulu.Bli kat orang asli.Punyalah besar jagung tu.Setongkol harganya 2 hengget!Besar2 lak tu isinya.Manis..Kat akak ni lak harganya 1.50 setongkol.

Makan jagung bakar puas2.Sambil makan sambil bersembang ngan akak tu.Pastu tanya tempat2 yang menarik kat Terengganu ni~


Kitorang sampai Kuala Terengganu around 4.30 pm.Punyalah jauh.Lenguh2 pinggang.Aku ada gak complaint kat hubby..pasni nak naik flight sudah..hubby senyum sajer..

Kitorang menginap di Batu Burok Beach Resort for 1 night.Ok resort ni.Menghadap pantai.Bilik kami pun ngadap pantai.Murah sajer..RM120 semalam.BIL yang suggest dok cni.BIL kata best.Dekat ngan pantai.Mula tu ingat nak check in kat Primula.Tapi bila BIL dah sebuk call and bagitau resort yang best,tempat makan best..huhu..lastly,kitorang ikut kata BIL,menginap di Batu Burok Beach Resort.

Sampai2 sajer resort,haruslah bergambar dulu..Time ni ramai la pulak budak2 yang menginap kat cni.Kursus kut.Malas nak tanya..Penat weh dok dalam keta.Balik bilik,rehat2 dulu.Mandi manda..tak mandi pun laut kat area sinun.Tak dibenarkan mandi kat sinun.Kebetulan time kami datang,ada buat Festival Jet Ski kat area kami nginap.Tak gi tengok pun..Balik bilik rehat atas katil lagi best!!Ouch!!

Ni lah bilik kami.Beach view ok!!~

Then,malam tu kitorang ronda2 bandar Kuala Terengganu.Motif utama pastinya untuk jalan2 cari makan!Ahaks!!Aktiviti yang paling soka!!BIL ada bagitau,tempat makan paling best dan sedap adalah di KUALA IBAI!!So,untuk menguatkan lagi kenyataan BIL tu,kitorang sajer dok tanya brother2 yang lepak2 kat area Kuala Terengganu tu.Diorang pun cakap nak makan2 best kat Kuala Ibai.So,tanpa membuang masa kitorang bergegas ke sana.

Dekat jer.Kalau korang nak makan2 kat cni,restoran dia berdekatan dengan Masjid Terapung Tengku Zaharah.Restoran dia betoi2 terletak kat bawah flyover.Aku dah sok sek sok sek ni,kalau korang gi sana jangan lupa singgah makan kat sinun ok..Memang sedap!

Tak tau nak pilih yang mana satu.Macam2 ada..

Lastly,ini sajo yang aku amik.Tu pun nampak cam banyak jer..Takper,nasi separuh jer.Ratah lauk jer satgi~

Syok gak tempat ni.Kira macam restoran terapung la.Bawah dia air muara~Hubby mmg kelaparan.Last makan pun kol 2 ptg.Tu pun makan jagung bakar~


Kitorang order sotong buat goreng tepung garing2(half),dan separuh lagi buat bakar cicah air assam..Punyalah besar sotong dia.Adala besar lengan aku.Tak muat pinggan tuh!


Ikan pun amik gak.Tak ingat apa nama ikan tu.Punyalah banyak pilihan seafood kat cni.Ikan tu buat bakar gak.Hubby yang request nak bakar.

And 2 ekor ketam buat masak Chilli Crab.Tak pedas sangat.Pedas sangat pun susah nak makan.Aku suka mild sahajer..Actually aku bukan pandai sangat makan ketam.Lecehla..udang pun tak suka sangat.Tapi kalau hubby yang tolong kupaskan,bawak kuar isi dia,aku soka!!Haha..So,malam tu hubby la yang dok melayan aku makan.Aku tau ngap sahaja!!Macam anak burung lak!Heh…

Sup Ekor pun aku order.Ntahla,skang ni soka sangat makan sup.Gi makan mana2 mesti nak order sup.
Murah sangat la makan kat sini.Semuanya RM39 .Uih,boleh sangat la kan.Mula tu kitorang ingat semuanya dalam 60 hengget ker..Bila dapat bil,mak aih,hubby pun terkezut sebab murah sangat!

Aktiviti selepas makan,adalah berjalan2 sepanjang beach.Lagi sekali ada penjaja menjual jagung bakar.Apalagi,balun jagung bakar sekali lagi la..huhu

Sampai resort petang tu lupa nak snap pic resort~

Bila dah kenyang,mata pun mengantuk.Aku ajak hubby balik resort.Sebelum masuk bilik,bergambar dulu yer..huhu..jangan jealous!!




Kat sini pun sempat.Belakang aku tuh swimming-pool.Tapi tak nampak.Sebab dah gelap pun..


Hubby kata dia nak aku jadi model jer.Aku nak snap pic hubby dia tak mau sangat.Huhu..hubby kata t letak dalam blog banyak2..huhu..hubby perli aku~

Sebelum masuk bilik~Sebuk bergambar lagi..ehm,korang ni tak letih ker?Letih ko..sampai skang masih kepenatan lagi

Biasalah tu.Mana ada bercuti tak letih kan?Nak lak tempat yang kitorang gi ni berbatu jauhnya,..huhu..pengsan.Puas hati ok!

PSST : Terpaksa buat by episode.Coz terlalu banyak pic la.Kalau buat sekali harung,takut kawan2 jemu membaca.At least kalau by episode ada gak benda nak update tiap2 hari..huhu..N3 seterusnya di Pulau Perhentian plak..huhu..bestnya!

21 ulasan:

mamalieyna berkata...

best nya coti2 malaysia...! honeymoon mmg best kan... ala bila la masa akak lak nk g honeymoon lg ni..huhuhu...
*kite akan nntikan episod seterusnya..ihiks..

zura@iwan berkata...

owhhh x bw Damia ye...sonokye bhoneymoon kan....rase cm br lps kawin ye..kakaka..

~nk p gk la terengganu nnti...suka jln2 gk ek Naurah nih

arnirina berkata...

kuantan tu kg saya..

Syima Syaz berkata...

jelesnyee

naurah makwa berkata...

mamalieyna:
takper kak..tak lama lagi boleh gi tu..kat umah pun boleh!thanks yer kak,sudi menjadi pembaca yang setia..sayang akak!

naurah makwa berkata...

kak zura:
damia kacau daun jer..ahak!naura suka berjalan kak..hubby naura lagi la kuat berjalan.ngalahkan naura.t akak gi la jenjalan kat tganu lak!best kak!!

naurah makwa berkata...

kak arni:
naura dah lama tau akak org kuantan..tgk muka pun tau!!huhu..

naurah makwa berkata...

syima syaz:
huhu..jangan mare..

[-suziey-] berkata...

waaaa sgt sonot berhoneymoon yek..ekekek:D sgt syiok la berdua-duaan..

mama erfan berkata...

sonoknye dia g jalan2 ngan hubby... hehe

zue @ annaleeya berkata...

wah... honeymoon kt ganu erk... sonot saya bila naurah ckp ganu best.. saya kan anak jati ganu gittew.. he3.. cuma skrg cari rzki & menetap kt kuantan..

dtgla lagi kt ganu naurah... makanan mmg best & murah... naurah x try kopok lekor ker??

Naurah Napiha berkata...

Baru semalam hntar jebat g Kuantan..nnt org publish kn cte nye ye..

neezareef berkata...

yg penting bila jln2 mkn msti sedap

AkMa berkata...

bestnye honeymoon..jauh tu..memang honeymoon sungguh yerr sbb g berdua..

damia x ikut sekali ekk?

naurah makwa berkata...

kak suziey:
huhu..syok sangat.Kalau boleh tiap2 hari nak dok kat pulau berdua2 an jer

naurah makwa berkata...

mama erfan:
sapa yg tak seronok spend time dgn orang tersayang kak..best!

naurah makwa berkata...

zu@annaleya:
oo..ord tganu.Tganu mmg best!Tempat dia cantik.makanan ada macam2..syok!naura lak mmg suka makan..

naurah makwa berkata...

asya:
jebat dah star kelas ker?

naurah makwa berkata...

neezareef:
betoi kak.hubby ngan naura,kalau nak berjalan kat satu tmpt tu,mesti nak survey tmpt makan best!

naurah makwa berkata...

akma:
damia tak ikut.Tinggal sama bibik dirumah opahnya!haha..kejam!

mello berkata...

Aww, I think you're really pretty! :D Congratulations on being newly wed! ★ All the very best to you both.