~sila google~

Memuatkan ...

::MY PRINCESS::

::MY PRINCESS::

~My Lovely Hubby~

~My Lovely Hubby~

..kawan-kawan..

Selasa, 2009 Disember 15

LAGI-LAGI PERANGAI BIBIK!!:(

Dilema betul la skang ni.Geram pun ada.Aku tak taula kalau korang semua berada kat tempat aku skang ni,apa agaknya perasaan korang.Marah ke,nyampah ker,benci ker@buat tak kesah!

Tapi,aku mmg kesah bab camni!Nak lak ianya melibatkan penjagaan anak aku!OWH!!Geram pun ada!!Rasa cam nak tarik2 rambut jer..

Mehla aku citer..

Damia dari lahir breastfeed.Tapi skang dah berenti.Skang ni dia minum FM.Masalahnya skang,sebelum dia nak minum susu FM tu,dia nak 'nenen' ngan aku dulu.Tapi tak lama pun.Dalam 5 saat jer.Pas aku picit hidung dia,dia lepas.Kalau malam nak tidor pun camtu gak.Nenen!Nenen!!Tapi takper la..dia ngopek ngan aku!

Masalahnya skang,si BIBIK tu ajar Damia ni ngopek ngan dia!!OWH!!Sungguh MARAH aku rasa!!Kononnya dia nak bagi senang kejer.Yerlah,bila aku pi kojer siang tu,kalau Damia nak nyusu,mesti dia nak nenen dulu.Kalau tak bagi,dia nangis.Aku mmg nak ajar Damia berhenti ngopek.Sebab aku preggy.Mula tu cam ok.Skang ni rasa cam susah lak.Bila tak bagi,dia meronta2..Rupa2nya,bibik tu dok ajar time siang2,pi hulur kopek dia lak!!Yerla,senangla kojer dia kan.Daripada dengar anak aku dok menangis2..

Problemnya skang ni,Damia jadi terlalu rapat ngan dia.Bila malam jer,kalau nangis,cari bibik.Nak tidor ngan bibik!Bila aku amik dari katil bibik,dia meronta2 tak mau..Skang ni lak bibik tu dok ajar Damia panggil dia 'IBU'!!

Mana aku tau Damia dok ngopek ngan dia?Aku tau la..Anak aku dah pandai bercakap skang ni..Kejap2 dia cakap "nak nenen bibik"...

Tu satu masalahnya.Masalah lain,

Dulu aku ada cakap kat bibik ni,aku tak suka dia dok nyembang ngan jiran2 aku.Yer la,kang ntah apa yang dia dok ngumpat,jaja citer hal rumahtangga aku kat jiran2.Busuk plak t nama aku.Tapi dia ni spesis DEGIL!Ei..geramnya aku.Pi gak tu dok nyembang2 ngan makcik2 belakang umah aku ni.Aku tau dia ni jenis nyampai2 citer kat orang.Sebab dia pernah citer hal r/tangga aku kat Yong(SIL).Tu pun nasib baik Yong bagitau aku!

Esok aku kan nak gi Langkawi.Aku blum citer lagi kat dia sebelum ni yang aku nak gi Langkawi selama 3 hari.Nak dijadikan citer,semalam dia buat teh o.Guna teko favourite aku yang aku bli kat Idaman Suri dulu.Dia tau aku bli teko tu kat Langkawi.Mana ntah dia tau.Dia ni cekap sikit!Pendekkan citer,time dia buat teh o tu,dia gi biarnya teko yang berisi teh o tu kat atas meja dapur.Anak aku dahla semakin tinggi skang ni.Hari tu dah banyak kali aku pesan,jangan letak apa2 barang yg merbahaya kat atas meja dapur.Sebab Damia bleh capai.Dah dia ni pun mmg spesis degil!Campur cuai lak tu.Datang anak aku gi capai teko berisi air teh yg panas2 tu.So,teko tu jatuh,pecah.Sib baik air panas tu tak kena badan anak aku!Kalau kena,mmg siapla ko!!Lunyai aku kojerkan!!Jangan pandang rendah pada mak buyong ni!Ada taekwando ko!Kang ngan ko aku lipat!!(mmg dah tahap terlalu geram dah ni)

So,bila dgr bunyi pecah tu,aku yang baru pas mandi ni,kelam kabutla gi dapur.Nak taula apa yang pecah.Dalam hati janganla set teko ngan cawan favourite aku yang pecah.Intai2 betoi rupanya.Sebiji cawan ngan teko aku telah selamat ke dalam tong sampah!!OWH!!Geram sekali lagi!!

Dahla sebelum ni dia bagi pecahkan 2 biji cawan yang sama.Ni pecah lagi!Aku tak baper heran sangat pun teko tu pecah,yang aku geram,dia CUAI!Kalau air panas tu terkena anak aku,tak melecur badan anak aku tu?Dahla tak mau minta maaf.Bila aku tgk teko tu pecah,aku tanya kat dia,camner bleh pecah.Cam biasalah jawapannya tetap nyalahkan anak aku!Pastu bleh plak dia cakap,"nanti puan mahu ke Langkawi,blikan saya teko seperti itu"!!Pastu aku jawabla,bila masanya saya nak gi Langkawi?"

"Bukan minggu ni puan mau ke Langkawi?"

Eii..tension!!Mana dia tau?Ni mesti makcik2 yang kepoh kat belakang umah aku ni citer.Makcik tu dok sebelah umah ngan ofismate aku.Ofismate aku tu apa2 hal suka citer kat makcik tu.Setahu aku la.Sebab kalau terserempak dgn makcik kepoh tu kat mana2,ada jer yang makcik kepoh tu citer pasal ofismate aku tu.Semuanya dia tau!Hal opis pun dia tau!!Ei,mmg kaki nyibuk betui!!

Pastu aku jawabla, "kamu ingat saya ke sana bergumbira ker?Saya gi sana sebab kejer!"

Geram kan?Dia ni mmg jenis suka meminta2..tak tau malu.Ada ker patut dia pi minta tudung2 bawal SIL yang mana SIL tak pakai.Dia nak bawak balik Indon.Bukannya aku takder bli bagi.Dah berkotak dalam bilik dia tu ngan baju2,tudung2..Tapi dia bukan pakai pun..

Apa yang patut aku buat dengan masalah2 ni?

1)masalah dia dok bagi ngopek anak aku(patut ker aku tegur sikap dia@biarkan sajer? Aku takut t bila dia dah tamat kontrak,damia asyik dok ingat kat dia jer.Pastu takut Damia jadi rapat ngan dia,t cakap aku pun damia takmau dengar)

2)Masalah kedua,sikap suka bersembang2 ngan jiran2 aku.Patut ker aku kunci jer pagar depan ngan pagar dapur tu?

Apa pendapat korang?


psst : Skang ni adik aku yang baru habis SPM ni dok kejap selama seminggu temankan bibik ni sepanjang aku ada kat Langkawi t.


























Sabtu, 2009 Disember 12

SHOPPING ONLINE~DE ZAHRA

Sekali lagi aku dah berjaya mengeringkan poket aku sendiri!Huhuhu..Ala,skang ni giler shopping tudung la.Ni gara2 malas nak iron tudung bawal,pastu malas nak pin bagai.Leceh!Nak lak Damia ni lasak orangnya.Kalau gi jalan2,kita punyala dok berejam membela tudung nak bagi elok,tapi bila dah dok dalam keta,habis senget benget tudung aku.Tu kadang2 kejap pakai,kejap tak pakai!Huhuhu..jangan marah..

Since hubby blikan tudung HAWA colour hitam yang selalu aku pakai tu,terus aku jatuh cinta pada tudung ala2 Ekin ni.Senang!Main pakai sarung jer..tak yah nak pin2 dah.Tapi takkan tudung tu jer yang aku pakai kan..nak gak merasa colour lain..

Disebabkan tergoda dengan 'keayuan' Ayu Raudhah menggayakan tudung rekaan De-Zahra dalam citer 'NUR KASIH' ler,aku ,ula berjinak2 ngan tudung Zahra ni.Dah lama dok intai kat laman web De-Zahra.Mmg cantik2 tudungnya..So,apa salahnya kali ni aku try bli tudung secara online plak kan!Hehe..

Mmg dah lama aku dok usya tudung2 kat butik online zahra ni.Mula tu takut gak nak order.Takut tak sesuai ngan bentuk muka.Disebabkan tak tahan tgk tudung dia yang lawa2 tu,last week aku order gak kat zahra.huhuhu..

So,pagi Sabtu lepas,bungkusan ni dah sampai depan umah aku.Mmg dah dapat agak pun dari Zahra,sebab mmg ternanti2 kiriman dari dia.huhuhu..


Mmg puas hati dengan perkhidmatan yang Zahra berikan.Cepat dan pantas.Tak sampai seminggu order,tudung dah selamat sampai depan umah!Kagum betul!!Cara lipatan tudung dia pun kemas.Awning tak kemek.Elok jer terletak..



Aku order 3 helai tudung jer.2 helai plain colour dan sehelai corak2..Jenis SARAH(standard labuh cam tudung biasa).

Pink Colour..



Purple AYU RAUDHAH(ni favourite,sebab teramat selesa..awning dari THAI SILK)


Brown..




Actually ada banyak jenis tudung2 kat ZAHRA ni.Jenis FATIHAH(scallop,pusing), HALIJAH(labuh 3 inch dari SARAH) dan macam2 lagilah..Banyak yang berkenan dihati.Tapi takder stok.Kalau nak lagi puas hati,bleh terus pilih jer dari butik ZAHRA kat MUTIARA DAMANSARA.Kalau aku yang dok berbatu2 ni,setakat shopping secara online jadila..nak ke KL semata2 nak shopping,idak kut.Mau kematu pinggang aku dok lama dalam keta.Tapi kalau sesekali balik kampung kat Slim tu ada gak kitorang turun KL untuk shopping.

Fabrik dia mmg selesa ok!Kain dari jenis LYCRA.Ada macam2 corak.Kalau korang berminat,click kat

SINI

ALA...KITORANG MAKAN KAT TEMPAT FAVOURITE LA..


Ni lah dia makanan favourite yang biasa aku makan..huhuhu..Dah boleh agak kan?Sesekali bolehla,kalau selalu bosan kut.

Apa pun nampak menyelerakan tak nasi beriani dia?Mmg sedap ok!Puas hati dapat makan.Nak lak time perut tgh lapar giler..Minum plak tu jus belimbing campur asam boi seketul.Terangkat kome!!

Sudah2la tu En Hubby oi..kita soru dulu..

;D

Jumaat, 2009 Disember 11

NAIK BECA KAT PENANG ;)

Hai!Semalam,Jumaat,aku sepatutnya kerja.Coz mc last day Khamis hari tu.Malas nak sambung mc.Pi gak kojer dengan mata yang merah nyala.Sampai2 ofis,ofismate cam takut2 jer nak sembang ngan aku.Takut jangkit la tu.Lastly,bos suruh aku balik rehat kat umah.Takyah datang kojer.Apalagi,pucuk dicita ulam mendatang la..

Kol 9 camtu hubby amik kat opis,terus bawak aku gi Penang.Actually hubby still mc lagi.Hubby ajak gi Penang coz nak cari barang2 untuk supply Peralatan Land Survey kat JKR.Alhamdulillah hubby dapat job tu.Ni semua rezeki baby dalam perut.Actually company yang supply equipment tu ada kat KL ngan Penang jer(tu setakat yg hubby tau).Selalu gi amik kat KL.Memandangkan jarak dari Bagan Serai ke KL jauh,so hubby decide amik kat Penang jer.

Yang jadi problem nya,hubby tak pernah datang pun company yang kat Penang ni.So,jadi masalah la nak cari co' tu.Berdasarkan bantuan dari kawan2 yang info co' tu kat area mana,so hubby gagahkan diri gak untuk cari.

Sampai Penang kat area Jetty tu dalam kol 10 pagi.Bukan senang nak cari co' tu.Puas kitorang pusing2,masuk jalan tu,kuar jalan ni,tak gak jumpa2 co' nya.Dahla jalan sesak giler kat sinun.Lastly,hubby parking keta kat tepi jalan,dan kitorang jalan kaki cari co' tu.

Hampir sejam jugak berjalan.Tak jumpa2..Hubby tanya aku ok ker.Aku cakap ok jer.Heh..heh..walaupun dalam hati penat giler..Aku gurau kat hubby,takper letih sikit.Asalkan ada komisyen untuk naura.huhuhu..

Cuaca pun panas time tu.Lastly,hubby kata kita naik beca la.Takut aku terberanak plak sebab terlalu letih.huhu..

Ala2 camni la rupa beca yg kitorang sewa tu..Best gak pusing2 naik beca.Walaupun cuaca panas,tapi berangin.Unclu tu plak bawak slow jer.Tak larat kut.Sian dia..Time uncle tu nak melintas jalan,kecut perut aku..huhuhu

Sempat lagi snap pic atas beca.Sian kat uncle yang bawak beca ni.Dahla kurus,tua plak tu.Kitorang ni dahla berat2.Macam tak larat jer aku nengok dia kayuh beca..

Abaikan mata aku yang merah tu.Dah seminggu,still blum baik2 lagi..


Hampir sejam gak pusing2 cari kedai tu ngan beca.Puas tanya orang sekeliling.Tak jumpa2 gak co' tu.Hubby call balik member dia,tanya betoi2 kat area mana co' tu.Rupa2nya co' tu takder signboard.Huh!Patutla susah nak jumpa.Sebab kitorang dok tgk signboard kedai jer..

Lastly,bayar RM10 kat uncle tu,then kitorang cari jalan kaki sekali lagi.Tetiba ternampak lak Masjid India kat tepi jalan tu.Sempat snap pic kat situ,sebab tertarik dgn pokok kurma dia..Tak silap aku pokok kurma la kut..

Hubby sajer jer snap pic mata merah aku.Hubby cakap dah macam berdarah spt kena tumbuk jer..


Akhirnya jumpa gak co' tu.Lega rasanya!Bila dah settle semuanya,kitorang gi cari tmpt makan lak.Perut lapar giler...Katner kitorang makan ek?Ala,kalau kat Penang ni takkan korang tak tau tmpt favourite aku?Huhu..sambung next n3 la ek..
;D

Khamis, 2009 Disember 10

BABY NIKE FOR DAMIA


Hehehe..ni la rupa kasut comel Damia yang hubby pilih.Colourful kan!Size kasut ni untuk budak umur 4 tahun sebenarnya.Disebabkan kaki anakku besar,so,muat2 la.Susah nak pilihkan kasut untuk Damia ni.Kalau sandal tu kita boleh la agak2 muat@tak.Kalau kasut ni,tak baper sure sangat.


Bli kasut ni kat Al-Ikhsan Taiping.Dalam hujan lebat plak tu.Alang2 dah sampai,takkan tak mau usya2 kut kasut kat situ.Hubby mmg suka shopping kat Al-Ikhsan.Lagi murah berbanding butik NIKE yang lain.

Sebelum bli tu,kitorang bagi pakai sepasang.Then suruh dia jalan.Barula dapat agak kasut tu muat/longgar/ketat ker..kasut ni longgar sikit.Sajer amik yg besar sikit,supaya t bleh pakai ngan socks.(lagipun bleh pakai lama sikit)

Aku sebenarnya tak baper berkenan ngan kasut ni.Colourful sangat.Tapi dah hubby suka.Janji hubby yg bayar.Hubby kata kasut ni unisex.T kalau Damia dapat adik boy,adik dia blehla pakai plak.huhuhu..

Aku bising2 gak kat hubby.Buat apala nak bli kasut mahal2.Pkainya sekejap jer.Bli yg murah sudah.Hubby kata kalau bli sandal,takut Damia jatuh.Sebab Damia ni dah kuat berlari.Lari sesajer!Bli yang murah,cepat rosak,disebabkan anak aku yg terlalu aktif ni.Tak kesah la..Janji berkualiti,tahan lama,bleh pakai lama..


PSST : Aku jatuh cinta dengan kasut baby 'CROCS' 'HELLO KITTY'!Cute la..
;D

SHOPPING TIME~ARIANI&HAJABA ;D

Pagi tadi pas solat Subuh,Hubby ajak turun Ipoh.Eh,lupa plak nak citer.Aku mc lagi tau hari ni.MC last day pada hari ni.Hubby pun mc gak.Huhuhu..hubby telah terkena serangan sakit mata yang paling hubby geruni.Akhirnya berjangkit gak.Yaya jer blum kena lagi.Hope mintak simpang la kan!

So,pas solat Subuh tu,bfast nasi goreng kat umah dulu.Siap2 kan Damia,dalam kol 8 pagi camtu,kitorang gerak ke Ipoh.Sebenarnya hubby turun Ipoh nak jumpa BIL,(ada urusan kejer).Alang2 dah sampai Ipoh,aku ajak hubby gi jalan2 cuci mata + shopping baju untuk dipakai time kenduri kahwin sepupu hubby kat KL t..Baju2 kurung yang ada dalam almari,semua dah ketat tang pinggang.Aku ingat nak cari jubah.Ada tengok jubah2 rekaan BUTIK HAJABA kat dalam MINGGUAN WANITA.Cantik2 la..Ingat nak bli sepasang.Colour purple.Sebab tema perkahwinan sepupu hubby t,colour purple.

Sampai2 jer Ipoh,kitorang lalu kat area BUTIK ARIANI dulu.Tengok2 ada SALE BESAR-BESARAN la kat ARIANI.Sale hujung tahun.Sampai 90%.Apalagi,terjah ARIANI dulula..
(mata cebet lagi..)


Tak banyak pun yang aku bli.2 pasang tudung jer.Tu pun main pakai capai jer.Nak pilih betoi,camner?Damia dah start tarik2 tudung kat situ.Dahla tudung2 kat sana mahal2,dia bleh plak heret2 tudung2 tu kat lantai.Segan aku..So,untuk mengelakkan anak aku merosakkan tudung2 yang ada kat situ,capai sajer apa yang berkenan di mata.Pastu bayar,and blah cepat2..HUHUHU..Takper,sale ni sampai END OF THIS YEAR tau!Ada masa lagi.T bila2 kalau ada kojer kat Ipoh,blehla aku shopping dengan tenang..huhuhu..

Sebelum kuar dari butik tu,sempat ko suruh hubby interprem!Pakai sunglass ok..Nak cover mata merah!!


Butik seterusnya yang kitorang terjah,adalah BUTIK HAJABA.Memang rambang mata pilih tudung2 ngan jubah kat sini.Ni blum gi yang kat KL lagi.Lagi la banyak pilihan.Tudung2 kat HAJABA ni design dia banyak yang jalur2 ngan abstrak.Susah sikit nak pilih,sebab awning dia tak baper sesuai ngan bentuk muka aku yang "LEBAR' ni..Kena test satu2..Tapi yang bestnya,colour dia menarik sangat.Nampak moden sikit dan nampak ceria.Sejam kat situ,akhirnya aku pilih sepasang jubah colour purple(untuk kawin sepupu hubby)ngan sepasang tudung MIDI PUSING BUJUR corac jalur colour green.Selesa sangatla kainnya.Jubah tu taklehla nak publish.T tak surprise lak bila pakai kenduri t..T aku masukkan dalam next n3 khas kenduri kawin sepupu hubby tu ek..

Banyak sangat jubah dan blouse yang cantik2.Tak tau nak pilih yang mana.Kain dia pun berkualiti.Apakata korang pun try jenguk2 butik HAJABA ni..manalah tau berkenan.huhuhu..


Wajib interprem sekali lagi.Walaupun mataku merah.hehehe..Mula2 masuk Butik Ariani aku pakai sunglasses.Bila masuk jer,gelap semacam.Nak pilih tudung pun susah.At last,dengan selambanya aku buka sunglasses tu,past siap cakap kat promoter butik tu, "maaf yer dik,akak sakit mata.Takper kan?" huhuhu...


Sebenarnya masih tak puas hati lagi.Sebab shopping dalam keadaan tak tenang(coz damia kacau) and mata pun nampak tak nampak jer.Takper,masa masih panjang lagi.T aku datang lagi wahai ARIANI dan HAJABA..Tunggu....



Pas dah dapat apa yang dicari,kitorang gi isi perut dulu.Sory,pic takder.Pas dah kenyang,barula jumpa BIL kat opis BIL.Bila dah settle hubby ajak gi Jusco.Nak cari kasut Damia.Kaki anakku semakin hari semakin lebar...Kasut yang damia pakai sekarang hubby tak baper kenan sangat.Hubby kata senang jatuh.Sampai Jusco,takder yang hubby berkenan.Lastly,kitorang terus balik Bagan semula.

Sebelum sampai Taiping,hubby ajak gi cari kat Al-Ikhsan.Nak tau caner la rupa kasut Damia tu yer..Hubby yang pilih.Bukan aku!T la yer..next n3..huhuhu

Selasa, 2009 Disember 08

NAMPAKNYA MINGGU NI DOK UMAH JER LA~

Salam..Hari ni mc lagi.Start mc dari last Friday lagi.Pastu sambung lagi 3 hari until this Wednesday..Mata still merah2 cam 'monster' gitu..Gerun..Tapi takder gatal2 ngan pedih2 dah.Kalau nak compare ngan Jumaat tuh,asyik berair jer.Siap bengkak2 lagi.Kepala pun pening2 lalat gituh..

Semalam gi klinik,doc samb mc lagi.Best dapat dok umah.Rehat2..layan DVD.Tapi runsing gak,Damia nih kalau aku ada kat umah,asyik nak nangis jer.Nakkan perhatian dari aku.Nak lak dia tau yang dia akan dapat kawan tak lama lagi..Nak berehat pun tak jadi.Kadang2 aku pun tak paham apa yang dia nak.Damia ni dah pandai cakap.Tapi,faham2 jer la..cakapnya kadang2 tu jelas,kadang2 tu tak baper nak clear..

Dia ni suka tgk citer MICKEY MOUSE kat channel Disney.Bila citer tu habis jer,mula la start bising2,merengek2..suruh ulang balik citer tuh,..huhu..Tapi bila dia takder kat umah,rasa sunyi la plak..

Ehm,berbalik citer sakit mata tadi,setakat hari ni hubby ngan Damia blum dijangkiti lagi.Maid aku plak yang lebih dulu berjangkit..Tu la..cakap besar lagi.Kan dah kena!Aku hope sangat janganlah Damia ngan Hubby kena sakit mata.Sian kat diorang..

Ni pic pagi tadi..Cam biasalah,bangun2 jer pagi,wajib tgk cartoon..pastu takleh salah sikit,mulalah nak nangis jer..


Ehm..lawa sangatla tuh muka biler nangis..Geram aku dibuatnya..


Kejap jer nangisnya..pastu sambung main masak2la..main 'baby' dia la..



Susah gak nak faham 'peel' kanak2 ni..


Tengokla tu..dah ok balik..


Aku pernah gak cakap kat Damia, "Yaya ni naper asyik nangis jer..mama nak gi kejer la camni"

Tak dinafikan mmg la rimas gak anak asyik nagis jer.Nak lak bila kita tak sihat camni..Sabar jer la.Sementara diorang nak membesar.Mmgla kena faham perangai diorang nih..huhuhu..

Apada..aku pun tak tau apa yang aku dok merapu nih.Actually Damia tgh tidor.Tu yang ada masa nak layan blog ni.Kalau dia jaga,jangan harapla aku nak buka laptop.Dia pun sebuk nak tekan2 keypad nih..